Posts

Ketupat Sotong

Image
Assalamualaikum.. kali ini saya ingin berkongsi satu resepi yang mudah dan anda boleh mencubanya pada bila bila masaa Bahan-Bahan: 1 kg sotong (sederhana besar) – dibuang kulitnya 200 gram beras pulut – direndam dengan 2 cawan santan selama 1 jam 3 cawan santan pekat – untuk kuah Sedikit halba 2 cm halia – dimayang 3 ulas bawang merah – dimayang Gula, garam dan perasa. lidi yang mencukupi Cara Memasak: 1. Tanak beras pulut yang telah direndam bersama santan sehingga masak dan biarkan sejuk. 2. Masukkan beras pulut 3/4 ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi dihujung kepala sotong. Ketepikan. 3. Masukkan bawang, halba, halia, garam dan gula serta santan pekat dalam periuk. 4. Kemudian, masukkan sotong dan kacau atas api yang sederhana sehingga sotong masak. Sedia untuk dihidang. Selamat mencubaa :)

Ikan Selar Kuning Celup Tepung

Image
Kali ini saya bawakan satu resepi yang saya pasti ramai yang menggemarinyaa. Ikan selar celup tepung ini boleh dimakan begitu saja ataupun dijadikan sebagai makanan ringan pada waktu petang dan masa lapang.. Hah jadi bolehlah cuba cuba untuk membuatnya tak payah pong..   Bahan - bahannya :-  7 ekor ikan selar kuning - bersihkan dan belah belakang 2 cawan tepung beras 1 s/b air kapur Sedikit kunyit / pewarna kuning Garam, gula Air secukupnya Minyak Cara- caranya :- 1 - Masukkan tepung, serbuk kunyit, air kapur, garam dan gula ke dlm mangkuk. 2- Gaul rata dan masukkan air secukupnya,,jgn terlalu cair atau terlalu pekat. 3- Panaskan minyak, celup ikan dan goreng hingga warna keemasan. Siap... ikan selar kuning celup tepung anda sudah siap dan boleh dihidangkan bersama teh o'.. Selamat Mencubaa

Sayur Lemak Pucuk Manis

Image
Hai korang.. Kali ini saya ingin berkongsi pula satu resepi lain iaitu Sayur Lemak Pucuk Manis.. Ini juga merupakan salah satu makanan kegemaran saya.. Sila rujuk bahan-bahan dan cara-cara membuatnya di bawah ye,,,             Bahan-bahannyaa :- 2 cekak pucuk manis 1 biji labu saiz sederhana 1500 ml santan cair 400 ml pati santan 1/2 kiub pati ikan bilis 1 biji bawang besar, hiris 4 ulas bawang putih, diketuk 1 biji cili merah, hiris Garam dan gula secukup rasa     Cara-cara :- Basuh dan toskan daun pucuk manis dan labu. Panaskan sedikit air dalam periuk, masukkan cili, bawang dan kiub ikan bilis tadi. Seterusnya masukkan labu lalu masak. Bila labu agak lembut, masukkan pucuk maniss dan santan.  Letakkan garam dan gula secukupnya sesedap rasa.  Lauk lemak terus dikacau lebih kurang 7 minit. Tutup api. Lauk lemak sayur pucuk manis siap dan boleh dihidangkan.  Siap.. mudah bukan.. hah, untuk lebih menyelerak

Lauk Singgang Ikan Tongkol

Image
Assalamualaikum. Kali ini saya ingin berkongsi sebuah lauk yang menjadi kegemaran saya sejak dari kecil. Lauk Singgang Ikan Tomgkol ini sangat mudah untuk disediakan dan hasilnya sangat menyelerakan.. Di bawah saya sertakan bahan-bahan dan cara untuk menyediakannya... Bahan-bahannya :- 2ekor ikan tongkol  2 biji bawang besar* 4 ulas bawang putih* 1 inci halia* 1/2 inci lengkuas* ( Semua bahan dihiris halus) 1 inci kunyit hidup - ditumbuk halus 2 batang serai dititik Cili padi - jika nak pedas   3keping asam gelugur 5 cawan air Garam secukupnya  Cara-cara :- 1-Tuang sedikit minyak kedalam periuk.  2-Tumis bahan yang dihiris halus, serai dan kunyit hingga wangi. 3-Masukkan air, garam dan asam keping. Masak hingga mendidih. 4-Masukkan ikan dan kacau sebentar. Rasa garam secukup rasa. 4-Tutup api dan boleh dihidang. Siap.... untuk lebih sedap, sambal belacan dan pucuk ubi yang dicelur recommended !!! Selamat Mencuba
Himpunan resepi-resepi masakan kampung yang mudah dan ringkas...