Sayur Lemak Pucuk Manis
Hai korang.. Kali ini saya ingin berkongsi pula satu resepi lain iaitu Sayur Lemak Pucuk Manis.. Ini juga merupakan salah satu makanan kegemaran saya.. Sila rujuk bahan-bahan dan cara-cara membuatnya di bawah ye,,,
2 cekak pucuk manis
1 biji labu saiz sederhana
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
1/2 kiub pati ikan bilis
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :-
- Basuh dan toskan daun pucuk manis dan labu.
- Panaskan sedikit air dalam periuk, masukkan cili, bawang dan kiub ikan bilis tadi.
- Seterusnya masukkan labu lalu masak. Bila labu agak lembut, masukkan pucuk maniss dan santan.
- Letakkan garam dan gula secukupnya sesedap rasa.
- Lauk lemak terus dikacau lebih kurang 7 minit.
- Tutup api. Lauk lemak sayur pucuk manis siap dan boleh dihidangkan.
Siap.. mudah bukan.. hah, untuk lebih menyelerakan macam biasa sambal belacan dan ikan masin recommended !!!
Selamat Mencubaaa
Comments
Post a Comment