Ikan Selar Kuning Celup Tepung
Kali ini saya bawakan satu resepi yang saya pasti ramai yang menggemarinyaa. Ikan selar celup tepung ini boleh dimakan begitu saja ataupun dijadikan sebagai makanan ringan pada waktu petang dan masa lapang.. Hah jadi bolehlah cuba cuba untuk membuatnya tak payah pong.. Bahan - bahannya :- 7 ekor ikan selar kuning - bersihkan dan belah belakang 2 cawan tepung beras 1 s/b air kapur Sedikit kunyit / pewarna kuning Garam, gula Air secukupnya Minyak Cara- caranya :- 1 - Masukkan tepung, serbuk kunyit, air kapur, garam dan gula ke dlm mangkuk. 2- Gaul rata dan masukkan air secukupnya,,jgn terlalu cair atau terlalu pekat. 3- Panaskan minyak, celup ikan dan goreng hingga warna keemasan. Siap... ikan selar kuning celup tepung anda sudah siap dan boleh dihidangkan bersama teh o'.. Selamat Mencubaa